Saturday, November 7, 2009

Aku Mahu Menulis.

Aku mahu menulis dan terus menulis. Selagi laptop ku okay, selagi internet connection masih kukuh, aku mahu menulis. Aku akan menulis. Aku akan sentiasa menulis. Aku akan terus menulis. Selagi jari ini masih sempurna, selagi mata ini masih celik, selagi telinga ini masih mendengar, selagi lidah ini merasa, selagi otak ini masih berfungsi, aku akan menulis. Menulis tentang apa sahaja. Menulis tentang aku, kau, dia, orang lain, siapa sahaja. Aku akan menulis. Mungkin ini cara yang paling halus untuk aku berkomunikasi, bermonolog, berkongsi. Mungkin juga ini cara paling mudah untuk puaskan hatiku, ungkaikan segala kesulitanku, pulihkan semangatku, hilangkan kesedihanku, leraikan kekusutanku. Maka, aku akan menulis sebab aku kenal huruf, tahu mengeja, lancar membaca, juga boleh menulis. Jadi, aku akan menulis sebab aku mahu menulis.


p/s: Kalau benda betul, buat.

Friday, November 6, 2009

Aku Bermula Semula.

Hari nie aku mula semula. Dunia blogging. Haha. Just like wise man says, "Once you start, you can never stop." =p

Hari nie aku mula post something that came across my mind. And with the internet connection, I start my engine. My hands on the keyboard trying to tell all the ideas that I kept in mind. Only God and I know.

Hari nie jugak aku mengambil paper Mikrobiologi. Siapa kata benda kecik nie senang? Siapa kata? 70 soalan objektif. Lumayan tue. Kepala ku berpusing macam gasing. Semakin rancak berfikir tentang destinasi mana ingin di tuju pada esok hari. Mau keluar pegi mana ya?

Susah memang susah. But life goes on. Gred apa yang bakal aku dapat nanti, belakang crita la. Yang penting hari nie aku dapat sijil. Sijil Penghargaan Lawatan Ke Kilang Yakult. Hebat apa? Hehe. Sebab tue aku semangat keluar awal. Nanti kalau keluar lambat, berebut plak. Sijil tue. Lebih penting dari segala jenis kertas. Biarpun soalan tidak berjawab, aku keluarkan peluru dan mula menembak mati soalan berkenaan. Besok2 keluar result aku yang mati. Haha. Hidup...Hidup..

p/s: Hidup yang simple memang membosankan =]

If You Love Her.

If you love her, wants to be with her, and only her, go to her. Get her. Knock her down. Try to win her. Talk to her. Say something that you really mean. I mean, you mean it! Don’t talk bullshit. Do what the movies told you. Ignite the flames. Do silly and cute stuffs. But not too often. You want to be sweet, smile. Laugh with her. Don’t cry with her but give your shoulder. Don’t be weak if she is. Because girl wants a guy strong enough to hold onto her. A guy with an ego but surrender to her. A guy who will come to her. Go and run to her…But please,


Don’t just say “I Love You” because that’s just too lame.
Don’t just say “I Miss You” because it sounds like an old friend.
Don’t just say “I Need You” because that will scare the hell out of her.
Don’t just say “I Care For You” because it sounds more like a sympathy.


But go to her and smile sincerely and say, “Hai!”
Because it is warm.
Because it sounds friendly.
Because it shows that you noticed her.
Because it shows your effort.
Because it shows that you care.
Because it shows that you want to talk to her.
Because it shows you want to be with her.
Because you are acting like a friend.


And if she says, “Hai!” with a beautiful smile, sparks in the eyes, that mean you’re already there.
Try to win her heart. Try to be a lover but be a friend at the same time. And, after you really get into her, you can start saying the lame words. Haha. But don’t stop saying “Hai!” to her. Communication is what makes the relationship last.


After all a love should start with a friendship.


p/s: “There’s an airplane in the sky,
With a banner right behind,
Loneliness is just a crime,
Look each other in the eye,
And say “Hello..."

(Taken from the song, Say Hello by Rosie Thomas)

Aku Melihat.

Jika dari dulu aku gunakan mata ini sebaiknya, mungkin sudah lama aku sedar. Kenapa mata hanya digunakan untuk melihat kekhilafan, kejelikan orang lain tetapi tidak keindahannya? Aku punya mata untuk melihat dan akal untuk mentafsir serta hati untuk merasa.


Banyak benda yang aku hilang. Hanya kerana mata ini tidak celik melihat.


Aku kehilangan, lalu mencari. Terus mencari benda yang hilang. Malahan lebih teruk, aku mencari benda yang hilang selamanya. Mana mungkin ketemu benda yang sudah lenyap. Huh. Tapi, Tuhan itu Maha Bijaksana, Maha Pengasih. Apalah makna mata di kurniakan jika akal tidak disertakan untuk menilai bersama hati untuk merasa?


Mujur aku masih punya akal. Bukan untuk mencari helah, tapi untuk merakam peristiwa, mengingat fakta.


Tidak akan aku temui ‘kau’ yang telah hilang.
Tapi akan ku temui ‘kau’ di dalam ingatanku.
Tidak akan lenyap di ingatan biarpun ‘kau’ hilang di hadapanku.
Hanya kerna Allah memberiku akal untuk mengingatimu, mata untuk melihatmu.


Akhirnya aku cuba melihat. Betul melihat. Bukan hanya dengan mata, tapi dengan akal. Hanya kerana ingatan itu masih ada. Tersimpan di dalam ingatan, terasa di dalam hati.


Kenapa yang buta itu masih boleh melihat tetapi yang celik itu selalu buta?


p/s: Mujurlah masa itu tidak boleh diputar balik semula.
Kerana masa sepatutnya mengajar dan bukannya menyembuhkan.

Friday, September 11, 2009

Over-excited!

Aku terlalu excited dan aku ingin menulis! Aku x kesah. Idea aku nie bernas ka, x bernas ka, aku mo menulis jugak!

Rabu nie aku balik raya. Wuhoo.

Kepada para pensyarah ku, minta maaf banyak2. Terpaksa ponteng classes. Di sini aku menyenarai lengkapkan senarai penyarah-s yang aku perlu minta maaf.

  1. En. Yasin: Biarpun anda demo, tapi sorry byk2. Lab miggu depan x dpt attend. Bukan niat d hati untuk ponteng, tp terpksa. Btw, En. Yasin, klu menulis tue kan, pakai la pemadam supaya jari x kotor. Mcm mekanik la pulak. Tp, En. Yasin memg baik!
  2. Dr. Sahandri: biarpun, Dr tidak mengecam saya sbg pelajar, tp saya cam Dr sebagai pensyarah. Cukuplah tue. Sorry jugak. Saya terpaksa ’pura-pura’ sedih x dpt datang klas.
  3. Dr. Wan Zuhainis: Sorry and thank you. Klas rabu nie Dr jgn risau. No more sleepy faces in your class. Hari rabu nie saya terpaksa ponteng, jd x dpt la tdur dlm klas Dr lg. Sorry for that.
  4. Dr. Othman Talib : Anda merupakan lecturer terakhir yg akan mengajar saya pda ari rabu ini. Wuhoo. Sejurus selepas micro-teaching, saya dgn reluctantnya akan berangkat. YES ! Btw, kpd budak chem tue,.....x pesanan untuk anda. Not significant enough for me to include you guys in this humble, less-visited blog.
  5. YM: Malangnya masih sempat masuk klas YM ari Isnin. Asal lak, klas YM ari Isnin. Buatlah ari Jumaat. Kan dapat ponteng? YM sorry sebab slalu ’terkutuk’. Assignment-S YM yg mencabar dan menguji minda serta kesabaran tue, saya ’terpaksa’ buat ala-kadar. Bukan apa. No idea. Akan tetapi, kerja Yang Mulia itu tetap akan di hantar on time. Betul atau x, belakang cerita.
  6. Dr. Misri: Sorry Dr. Kalaulah ari Khamis nie ada klas, lg skali saya ckp, ’terpaksa’ ponteng. Kalau lah jarak antara Sandakan dgn UPM nie dekat, saya sanggup lari pecut pegi klas Dr. Betul. Tak tipu. Buktikan saya salah (ayat YM). Sorry Dr. Misri baby boowoo. Haha.
  7. En. Din: Ari Jumaat nie x klas. Yahoo! TQ.

p/s: Banyak ayat ’terapaksa’ menunjukkan betapa aku committed dalam hal hadir ke kelas ini.

Tuesday, September 8, 2009

Islam & Muslim

Jangan keliru dengan terms Islam dan Muslim. Kalau kedua ini sebati dan bergabung menjadi satu, lantas menjadi nadi antara satu sama lainnya, maka sempurnalah insan itu sebagai hamba Allah S.W.T. Tapi susah.

Islam itu indah, sempurna tapi selalu di salah ertikan. Melihat alam hanya untuk kedamaian, inspirasi kononnya. Malah, dijadikan background untuk bergambar. Tapi, terlepas pandang dengan simbol kebesaran Tuhan di sebalik penciptaan-Nya. Kenapa ya? Lack of awareness ka? Atau memang buta? Eh, rabun.

Penganut Islam automatically akan menjadi Muslim.
Tapi, Muslim itu belum tentu Islam.

Kenapa kita penuh dengan kekhilafan dan kejahilan sedangkan kita punya panduan yang lengkap?

p/s: Bukan niat untuk menyindir. Bukan juga untuk berlagak pandai. Bukan juga untuk menunjukkan kebodohan diri. Hanya untuk pedoman di kemudian hari. Buatku.

Monday, September 7, 2009

Money vs Knowledge

"Knowledge if you cannot turn them into money is useless"


Taken from my friend, Imran Iem

I say, money without knowledge is like a child with a toy without having any idea on how to play with it.

So, which one is more useless?

p/s: Imran, no offense okay. Aku cuma menulis :)